Laman Asal
Perutusan Pengarah & SUK Peta Interaktif Projek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Keratan Akhbar Kembali ke Laman Asal Versi Bahasa Inggeris
Pengurusan & Organisasi Aktiviti & Peristiwa Pusat Maklumat Hubungi Kami e-Kerajaan Galeri Gambar
LATARBELAKANG SIMU

Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU) telah ditubuhkan pada bulan November 2000 (penghujung Rancangan Malaysia ke lapan,
1996-2000) dengan diberi kepercayaan untuk memantau dan menilai pelaksanaan semua projek kelulusan peruntukan Negeri dalam Projek Pembangunan Rancangan Malaysia ke lapan (2001-2005). Oleh itu bidang tugas dan tanggungjawab SIMU berkembang dan bertambah.

Selepas rombakan Jemaah Menteri pada 1 Julai 2004, beberapa kementerian baru telah diwujudkan manakala peranan kementerian
-kementerian lama disusun semula. Perubahan ini memberi kesan terhadap fungsi-fungsi Unit Projek Khas (SPrU).
Oleh itu pada 25 November 2004, Unit Projek Khas telah digabungkan ke dalam Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri. Pergabungan
tersebut akan memberi kekuatan kepada pelaksanaan dan pemantauan untuk mengatasi masalah kekurangan dan kelemahan.

Rasional Cadangan Penggabungan SPrU ke dalam SIMU:

  1. Menambah keyakinan dan tanggungjawab
  2. Penbubaran Jumaah Menteri ke era baru dan keutamaan
  3. Penyediaan Rancangan Malaysia Ke Sembilan (2006-2010)
  4. Penambahan skop kerja – Projek-Projek Kecil Luar Bandar Peruntukan Negeri (MRP)
  5. Mengoptimumkan tenaga kerja yang sedia ada.

Kerajaan Negeri dan Persekutuan telah menekan betapa pentingnya pelaksanaan dan pemantauan sebagai usaha Kerajaan untuk
meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan. Ini juga telah dimasukkan ke dalam strategi untuk membawa pembangunan besar
di Negeri ini terutama sekali untuk memastikan program dan projek dilaksanakan membawa manfaat kepada kumpulan sasaran.

KEMBALI KE ATAS



VISI

"Menjadi Pusat kecemerlangan bagi Pemantauan dan Penilaian projek peringkat Negeri"

MISI

"Memastikan semua program/projek pembangunan dilaksanakan mengikut polisi, matlamat, objektif dan strategi
yang ditetapkan oleh Kerajaan melalui pelaksanaan program/projek yang berkesan serta pemantauan dan
penilaian yang efisien."

OBJEKTIF

Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU)

i) Memastikan semua pelan pembangunan dalam Rancangan Lima Tahun berjaya.
ii) Memastikan semua program/projek pembangunan dilaksana mengikut polisi,teras dan agenda.
iii) Memastikan pelaksanaan dan penyelesaian program/projek mengikut jadual, bajet dan objektif.
iv) Mengendali dan mempertingkatkan secara terus menerus pemantauan dan penilaian sistem, kaedah dan mekanisme bagi memastikan pemantauan program/projek berkesan.
v) Mengesan dan menyelesai isu-isu dan masalah dihadapi dalam melaksanakan program/projek pembangunan semasa untuk mengelak kelewatan.
vi) Memastikan penegasan setara diberi kepada semua pembangunan program/projek terancang dengan tidak mengambil kira kos, skop dan lokasi.
vii) Memastikan semua program/projek dilaksanakan mengikut cara perbelanjaan berkesan dengan pelaksanaan undang-undang dan peraturan yang akan memberi manfaat kepada kumpulan sasaran.

FUNGSI

i) Memantau dan menilai (M&E) pelaksanaan program/projek pembangunan selaras dengan Pelan Pembangunan Negeri dan Negara.
ii) Memantau dan melapor status dan prestasi semua program/projek melalui Sistem Pemantauan Secara Online iaitu Sarawak Monitor (SM) dan cara-cara pemantauan lain.
iii) Mengesan, menganalisa dan menyelesaikan isu-isu dan masaalah yang memberi kesan ke atas pelaksanaan program/projek.
iv) Bekerjasama dengan Kementerian, Jabatan, Perbadanan dan Majlis Tempatan mengenai pelaksanaan dan pemantauan program/projek di taraf agensi.
v) Bekerjasama dengan Pejabat Residen dan Daerah mengenai pelan pelaksanaan, pemantauan dan penilaian di peringkat Bahagian.
vi) Bekerja rapat dengan Pejabat Pembangunan Negeri dan Agensi Persekutuan dalam pelaksanaan pemantauan program/projek mengenai projek pembiayaan Persekutuan.
vii) Urusetia kepada Jawatankuasa Pembangunan Pelaksanaan Negeri (SDMC) dan Jawatankuasa lain dan Pasukan Petugas (M&E).
viii) Memberi input dalam penyediaan Ucapan Bajet Tahunan kepada Menteri Kewangan dan ucapan pengulungan untuk YAB Ketua Menteri.
ix) Menjadi ahli kepada Jawatankuasa Peperiksaan Bajet Tahunan.
x) Menjadi ahli kepada Pasukan Petugas Negeri dalam Penyediaan Pelan Pembangunan Lima Tahun dan Kajian Separuh Penggal.

KEMBALI KE ATAS



FALSAFAH

FALSAFAH SEBAGAI PANDUAN SIMU

Akronim “FASTER”, melambangkan kepercayaan korporat, nilai dan panduan prinsip:

F - Fokus (komited untuk cemerlang dalam M&E)

A - Tegas (Kami menentu dan tegas dalam menjalankan tugas)

S - Sistematik (Kaedah, Prosedur dan proses M&E kami adalah mudah, terang serta jelas, ringkas serta
lengkap dan
senang dipatuhi.)

T - Tepat (Kami berusaha menjalankan tugas dengan menghasilkan output tepat pada masa yang ditetapkan)

E - Berkesan (kami berusaha mencuba untuk menwujudkan impak)

R - Boleh dipercayai










|Tentang SIMU|


Hakcipta @2005 SIMU

Penerbitan semula semua atau sebahagian kandungan laman web ini
tanpa kebenaran adalah dilarang sama sekali.
Hakcipta terpelihara.