Tn. Hj. Soedirman B. Aini Pengarah Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU)
|
Selamat Datang dan Salam Sejahtera kepada semua.
Saya dengan penuh rasa gembira mengalu-alukan tuan/puan ke laman web Unit Pemantauan Pelaksanaan Negeri (SIMU), Jabatan Ketua Menteri Sarawak.
Laman web ini adalah tanda kesungguhan pihak kami untuk menyebar dan berkongsi maklumat dengan tuan/puan tentang pelaksanaan program serta projek pembangunan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri.
Semasa melayari laman web ini, saya amat berharap agar tuan/puan mendapat maklumat, pengetahuan dan pendedahan mengenai peranan, fungsi dan tanggungjawab Unit ini. Laman web ini mengandungi maklumat secara keseluruhan tentang Unit, bidang tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dan juga maklumat yang mana pihak tuan rasakan begitu penting berkaitan dengan pemantauan pelaksanaan program dan projek dalam Rancangan Pembangunan 5 Tahun Negara.
|