|
Di peringkat Kementerian, Jabatan dan Agensi, Pegawai Seranta Pemantauan dilantik untuk menyelaras serta memasukkan dan mengemaskini data ke dalam New Project Monitoring System (NPMS) yang dinamakan sebagai Sarawak Monitor. Di samping itu, agensi-agensi pelaksana berkenaan juga menyediakan laporan dan mengemukakannya kepada SIMU bagi tujuan melengkapkan dan sebagai tambahan kepada laporan yang dihasilkan daripada sistem tersebut.
Prestasi Negeri Sarawak dari segi kemajuan fizikal dan kewangan dikaji dan dibentang kepada Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri yang bermesyuarat dua bulan sekali.
|